OLITRONICS SDN BHD

Perkhidmatan yang ditawarkan

Kami menawarkan perkhidmatan pemetaan digital dengan menggunakan teknologi GPS dan GIS kepada syarikat-syarikat perladangan.

Proses gabungan teknologi Sistem Kedudukan Bumi (GPS) di mana data diambil dengan menggunakan alat GPS di ladang kemudian di proses dengan menggunakan Sistem Maklumat Geografi (GIS) akan menghasilkan sebuah peta digital ladang yang berkualiti tinggi.

Kami juga menawarkan kepakaran pembangunan aplikasi Sistem GIS dan menghubungkait peta-peta digital dan maklumat GIS serta data-data dari pangkalan data yang sediada. Sistem GIS yang dicadangkan boleh di akses melalui Internet dan Intranet.